Berwuduk adalah satu perbuatan yang dilakukan secara fizikal, dengan tujuan mencucikan diri dari hadas kecil atau kekotoran sebelum mengerjakan ibadah solat.
Sekiranya pada ketika itu tidak ada sumber air, maka wuduk boleh dilakukan dengan cara bertayamum. Terdahulu, tayamum juga adalah satu perbuatan, iaitu alternatif kedua yang menggunakan debu yang bersih untuk mencucikan diri sebelum solat.
Lazimnya, berwuduk boleh dilakukan dengan menggunakan air mutlak, atau air yang bersih dari segala kekotoran.
Mengambil wuduk dari rumah dan menuju ke Masjid atau surau untuk menunaikan solat adalah besar fadilatnya. Setiap langkah perjalanan akan menghapus satu dosa. Aaminn.
Langkah - langkah atau urutan semasa mengambil wuduk;
Langkah pertama
- Mulakan dengan bacaan niat mengambil wudhu, dalam hati
Langkah kedua
- Membersihkan kedua - dua belah tapak tangan sebanyak tiga kali untuk sebelah tangan.
Langkah ketiga
- Berkumur - kumur sebanyak tiga kali.
Langkah keempat
- Membersihkan celah - celah lubang hidung sebanyak tiga kali.
Langkah kelima
- Membasuh muka sebanyak tiga kali. Dalam masa sama, Anda juga perlu berniat dalam hati; “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala”.
Langkah keenam
- Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku sebanyak tiga kali
Langkah ketujuh
- Menyapu air ke bahagian dahi dan ratakan hingga terkena rambut kepala sebanyak tiga kali.
Langkah kelapan
- Menyapu bahagian cuping telinga kanan sebanyak tiga kali, dan juga telinga kiri sebanyak tiga kali. Sapu celah - cela telinga secara urutan menaik, iaitu bahagian dalam dan luar telinga
Langkah kesembilan
- Membash kaki kanan sehingga ke buku lali sebanyak tiga kali, juga kaki kiri sehingga ke buku lali sebanyak tiga kali. Basuhan perlu membasahi kaki dengan mengosok celah dan jari - jemari kaki
Langkah kesepuluh
- Membaca doa selepas mengambil wudhu’; Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah, Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh, Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minalMutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.
Bacaan niat semasa mengambil wuduk:
Niat Dan Doa Lepas Wuduk |
Bacaan niat dalam bahasa arab - latin:
Nawaitu rafael hadas as-ghori lillahi taala
Terjemahannya:
Sahaja aku memgangkat hadas kecil lerana Allah taala.
Setelah selesai langkah terakhir iaitu membersihkan kaki dan celah - celah jari kaki, maka bacalah doa selepas wuduk.
Bacaan doa selepas mengambil wuduk:
Niat Dan Doa Lepas Wuduk |
Bacaan dalam bahasa arab - latin:
Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.
Terjemahannya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
Kelebihan berwuduk;
- Terhindar daripada melakukan perkara atau perbuatan yang tidak baik iaitu perbuatan yang mendatangkan dosa
- Raut wajah sentiasa kelihatan segar, bercahaya dan bersinar - sinar
- Kulit badan kelihatan sihat dan lemah lembut
- Memberi kesegaran dan lena tidur di waktu malam
- Mempunyai keyakinan tinggi dalam melakukan sesuatu perkara khususnya amal ibadah, seperti mengaji, solat dan lain - lain lagi
- Memberi kesihatan anggota badan, iaitu rohani dan jasmani
- Langkah kepada penghapis dosa dan menambah pahala
- Memberi kesegaran kepada kesihatan hati dan fikiran
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda s.a.w pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)
0 Comments