Pantun Hari Raya Aidilfitri Bermanfaat

Pantun Hari Raya Aidilfitri Bermanfaat

Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu perayaan untuk ummat islam yang dirayakan setiap tahun setelah selesai berpuasa sebulan di bulan ramadan. Hari raya disambut dan dirayakan di bulan syawal.

Ucapan selamat hari raya aidilfitri untuk semua muslimin dan muslimat.



Pantun Hari Raya Aidilfitri
Bermanfaat



Pantun hari Raya Aidilfitri untuk keriangan dan kegembiraan bersama sempena menyambut perayaan berkenaan, antaranya;


  • Pantun pertama.

Hari raya hari mulia
Sanak saudara berkunjung tiba
Marilah kita bermuafakat bersama
Agar silaturrahim terpahat di jiwa


  • Pantun kedua.

Ketupat rendang hidangan di raya
Untuk santapan seisi keluarga
Jangan dilupa amal ibadah
Walaupun berada di hari gembira


  • Pantun ketiga.
Pakaian baru di hari raya
Indah meriah berhari raya
Janganlah boros mengikut suka
Gunakan akal lebih bijaksana


  • Pantun keempat.
Ramadan berlalu syawal menjelma
Amal ibadah berlipat ganda
Alhamdulillah diucapkan padanya
Semoga ketemu di ramadan seterusnya


  • Pantun kelima.
Riang raya di pagi hari raya
Solat aidilfitri secara bersama
Marilah kita sentiasa waspada
Kerana pendemik masih ada


  • Pantun keenam
Lagu hari raya bergema di bulan syawal
Pelbagai irama sungguh meriangkan
Berbelanjalah secara terkawal
Jangan dilayan nafsu yang meransang


  • Pantun ketujuh
Solat sunnat di aidilfitri
Berpakaian meriah warna warni
Jauhkanlah diri dari hasad dengki
Semoga kehidupan kekal abadi


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian