Pantun Nasihat Di Aidilfitri, antaranya berikut;
- Pantun Nasihat Pertama.
Kueh bahulu kueh penyaram
Santapan pagi di aidilfitri
Jangalah suka asyik bermasam
Akibat wajah tidak berseri
- Pantun Nasihat Kedua.
Menjelang hari di aidilfitri
Berpakaian baru sungguh berseri
Jalinkanlah silaturahim penuh harmoni
Agar jiran - jiran kenal mengenali
- Pantun Nasihat Ketiga.
Riang ria di hari raya
Anak - anak bergurau senda
Cegahlah mereka dari jenayah
Agar tidak menjadi sejarah
- Pantun Nasihat Keempat.
Aidilfitri hari gembira
Sanak saudara bersua muka
Mercun di jual di kedai cina
Jangan beli kerana merbahaya
- Pantun Nasihat Kelima
Tiket dibeli sudah pun ada
Untuk pulang berhari raya
Janganlah alfa sombong belaka
Jenguklah keluarga yang jauh di mata
- Pantun Nasihat Keenam.
10k sudah pun ada
Tersenyum simpul riang beraya
Gunakanlah ia secara bijaksana
Elakkan boros yang tak berfaedah
- Pantun Nasihat Ketujuh.
Aidilfitri hari kemenangan
Setelah sebulan tamat berpuasa
Marilah kita sentiasa cemerlang
Dalam apa juga musibah menimpa
Pantun Nasihat Di Aidilfitri |
Semoga pantun ini, memberi aspirasi nasihat serta kemajuan diri kepada yang lebih baik dari sebelumnya sepanjang mengharungi atau menjalani kehidupan di muka bumi ini.
Dalam masa sama, sentialah tingkatkan amal ibadah, agar diri berada dalam paksi seimbang dan mudah melakukan kerja - kerja harian dengan rasa syukur.
0 Comments