Piala Dunia

Piala Dunia

Piala dunia merupakan salah satu piala bersalut emas yang dipertandingkan kepada seluruh negara di dunia bagi perlawanan sukan bola sepak. Piala pusingan ini menjadi rebutan kerana nilainya yang tinggi dan negara yang memenanginya akan mendapat nama di mata dunia.

Piala dunia


Melalui maklumat wikipedia, piala Dunia FIFA, atau selalunya disebut sebagai Piala Dunia (Bahasa Inggeris: FIFA World Cup) merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Kedua). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.



Piala Dunia


Saiznya yang sederhana, dimana di atasnya kelihatan bulat menunjukkan bentuk muka bumi serta benua - benua setiap negara di dunia.



Piala Dunia

Negara - negara yang telah memenangi piala dunia sejak ia diperkenalkan, antaranya:

Tahun 1930

  • Negara Uruguay

Tahun 1934
  • Negara Italy

Tahun 1938
  • Negara Italy

Tahun 1942
  • Tiada kejohanan

Tahun 1946
  • Tiada kejohanan

Tahun 1950
  • Negara Uruguay

Tahun 1954
  • Negara German

Tahun 1958
  • Negara Brazil

Tahun 1962
  • Negara Brazil

Tahun 1966
  • Negara England

Tahun 1970
  • Negara Brazil

Tahun 1974
  • Negara German

Tahun 1978
  • Negara Argentina

Tahun 1982
  • Negara Italy

Tahun 1986
  • Negara Argentina
Tahun 1990
  • Negara German

Tahun 1994
  • Negara Brazil

Tahun 1998
  • Negara Perancis

Tahun 2002
  • Negara Brazil

Tahun 2006
  • Negara Italy

Tahun 2010
  • Negara Sepanyol

Tahun 2014
  • Negara German

Tahun 2018
  • Negara Perancis

Tahun 2022
  • Negara ?


Sukan bola sepak, yang mempertaruhkan piala dunia membuahkan untung berlipat kali ganda kepada negara penganjur. Selain pengunjung ramai, ia juga mambantu lonjakan ekonomi sesebuah berkenaan.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia