PLUMS Peneraju Pembelajaran Berterusan

PLUMS Peneraju Pembelajaran Berterusan

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui pentadbiran Pusat Luar UMS (PLUMS) merealisasikan impian masyarakat umum yang memiliki kelayakan, dengan menawarkan program - program berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat di peringkat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dan Ijazah Sarjana (Kerja Kursus & Mod Campuran)

Kelas dan modul dijadualkan secara fleksibel iaitu diluar waktu bekerja. Tenaga pengajarnya berpengalaman dalam bidang akademik dan industri serta pensyarah jemputan dari dalam dan luar negara.


Visi Plums

Untuk menjadi sebuah pusat pembelajaran sepanjang hayat yang inovatif serta bertaraf dunia.


Misi Plums

Untuk mencapai kecemerlangan akademik dengan melahirkan modal insan bertaraf dunia melalui pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat.


Moto Plums

Ke Arah Kecemerlangan Sepanjang Hayat


sumber plums

PLUMS Peneraju Pembelajaran Berterusan




Program – program yang dikendalikan oleh PLUMS 


Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

  • Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Kewangan dan Perbankan)
  • Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran)
  • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Sumber Manusia)
  • Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)
  • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Kewangan)
  • Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Industri & Organisasi)
  • Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Kaunseling)
  • Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sejarah)
  • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi)
  • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Kejuruteraan Perisian)
  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian   (Teknologi Multimedia)
  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (Komputer Perniagaan)
  • Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian  (Sains Sekitaran)
  • Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa dengan Kepujian (Pemasaran Antarabangsa)
  • Sarjana Muda Kewnagan Islam dengan Kepujian (Kewangan Islam)
  • Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Ternakan)
  • Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Tanaman)
  • Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Akuakultur)


sumber plums

PLUMS Peneraju Pembelajaran Berterusan



Pelajar  yang telah menamatkan  pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) boleh meluaskan serta meningkatkan tingkat pendidikan ke peringkat tertinggi iaitu Ijazah Sarjana juga di PLUMS dengan memohon program – program antaranya berikut;


Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus / Mod Campuran)

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)                                                         
  • Sarjana Pengurusan Modal Manusia (MHCM)                                           
  • Sarjana Ekonomi (MEcons.)                                                                      
  • Sarjana Sastera (Kerajaan Dan Hubungan Antarabangsa)                        
  • Sarjana Pendidikan (Sains)                                                                            
  • Sarjana Pendidikan (Kurikulum Dan Pengajaran)                                   
  • Sarjana Pendidikan (Komputer Dalam Pendidikan)                                   
  • Sarjana Pendidikan  (Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan)                        
  • Sarjana Pendidikan (TESL)                                                                               
  • Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)                                             
  • Sarjana Psikologi Kaunseling                                                                   
  • Sarjana Sains Komputer  (Kecerdasan Pengkomputeran)                          
  • Sarjana Sains Komputer (Pembangunan Perisian)                                      
  • Sarjana Sains (Keselamatan Dan Kualiti Makanan) 
  • Sarjana Kesihatan Awam
  • Ijazah Doktor Kesihatan Awam
  • Sarjana Sains Biologi Molekul
  • Sarjana Kejuruteraan (Minyak Dan Gas)


Maklumat terperinci tentang program yang ditawarkan setiap semester kemasukan dan seterusnya membuat permohonan, boleh layari laman sesawang PLUMS


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia