Plums Sumber Laluan Kejayaanku

Plums Sumber Laluan Kejayaanku

Pusat Luar UMS atau nama singkatanya Plums adalah sumber laluan kejayaanku dan terpahat di hatiku, kerana melalui Plums diriku menjadi insan yang lebih berilmu dalam program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Di sini aku kongsikan sedikit kejayaanku di Plums untuk perkongsian bersama agar yang lain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bersama.

Bermula tahun 2014, aku yang merupakan salah seorang kakitangan di salah sebuah jabatan kerajaan dengan gred kerani atau n19. Apa tidaknya, aku hanya ada sijil spm dan stpm sahaja.

Mulanya, aku ingin melanjutkan pengajian ke Universiti, namun tergendala kerana bekerja dan tanggungan yang dipikul. Keinginan yang kuat, sehinggalah satu hari ada kakitangan dari Plums mengedar iklan - iklan pendidikan ke pejabat - pejabat, iklan berkenaan mensarankan serta menjemput kakitangan awam, swasta dan orang ramai untuk belajar ke peringkat tertinggi. Program yang ditawarkan juga tidak terhad kepada sesiapa, yang pentingnya memiliki syarat kelayakan.

Program yang dikendalikan diluar waktu bekerja adalah baik dan bertepatan dengan kehendakku, tambahan lagi lokasinya berdekatan dengan pejabat tempat aku bekerja. Aku pun baru tahu, ada rupanya pengajian seperti ini di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang di urus oleh pejabat Plums. Maklumlah asyik fokus bekerja sahaja.

Apalagi, walaupun di usia 40 - an ke atas, tanpa melengahkan masa aku meneliti iklan yang diberikan dan sempat juga bertanyakan beberapa soalan kepada kakitangan Plums, khususnya cara belajar dan yuran pengajian.

Dipendekkan cerita, saya pun mengikuti pengajian dan bergelar pelajar dalam program ijazah sarjana muda kepujian (ekonomi sumber manusia) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan tamat dengan jayanya pada tahun 2018.


Saya tidak memikir panjang, saya meneruskan pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah sarjana / master dan berjaya menamatkan pengajian selama setahun sahaja. Akhirnya saya memeliki kedua - duanya dalam tahun 2019. Syukur Alhamdulillah.

Dengan kelayakan yang saya kecapi di Plums, saya membuat permohonan untuk jawatan yang lebih tinggi dan alhamdulillah saya di tawarkan ke jawatan pegawai dengan gred 41 di jabatan kerajaan juga, cumanya di jabatan baharu. 

Kini, saya bergelar alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan ijazah yang diperolehi, perbezaan pengetahuan dapat dirasai  berbanding sebelumnya.



 sempat juga aku ambil gambar
di menara ni 

Plums Sumber Laluan Kejayaanku





Terdahulu, mungkin ramai yang tidak tahu atau keliru tentang Plums, sama jugalah seperti saya pada mulanya. Hahahaha.. .. saya ingatkan Plums ini kolej kah atau lainnya.

Rupanya bila mendaftar dan bergelar pelajar, barulah saya tahu sepenuhnya. Plums adalah salah satu pusat atau pejabat pentadbiran di dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengurus program - program Universiti melalui cara pembelajaran pergi ke kelas pada hari sabtu dan ahad serta sebelah malam, masa ditetapkan tidak menganggu waktu bekerja. Dalam maksud lainnya, belajar di bawah kendalian Plums, pelajar boleh bekerja sambil belajar. Dalam masa sama, mereka yang mengikuti saluran ini, jika belum bekerja mereka berpeluang untuk mencari kerja pada hari - hari biasa untuk menambah pendapatan dan pengalaman kerja. Best kan... kiranya, fleksible.

Antara pejabat - pejabat lain yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah ((UMS);
  • Pejabat bendahari
  • Pejabat Plums
  • Pejabat hal ehwal pelajar
  • Pejabat jabatan teknologi maklumat
  • Fakulti 
  • Pejabat bahagian perkhidmatan akademik
  • Pejabat keselamatan

Hahahhaaaa... Itu sahaja yang saya tahu, sebab selalu berurusan dengan mereka. Namun, banyak lagi sebenarnya pejabat - pejabat pentadbiran di dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rupanya kalau di Universiti ni lain pula, banyak pejabat - pejabat pentadbiran, hahhahaa.. almaklumlah baru menjejakkan kaki ke menara gading.

Demikianlah, serba sedikit perkongsian cerita kejayaanku. Dimana ada kemahuan, usaha, tawakal, di sana ada jalan kejayaan.

Kalau kamu ada keinginan dan kelayakan untuk belajar ke peringkat tinggi, khususnya yang bekerja sambil belajar / belajar sambil bekerja, bah kamu layari saja laman web Plums, aku kongsi linknya di bawah ni.

👉 Pusat Luar UMS


Universiti Malaysia Sabah (UMS).

# Good Luck....


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia