Sahur Dan Keberkatannya

Sahur Dan Keberkatannya

Terdahulu, sahur juga disebut dengan perkataan sahari atau shari, ia membawa maksud hidangan yang disajikan untuk dimakan di awal subuh sebelum berpuasa pada awal paginya. Dalam erti kata lainnya, hidangan ini dimakan sebelum masuknya solat fardhu subuh. 


Rasulullah saw ﷺ sangat menggalakkan kita, umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menyebutkan:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR al-Bukhari)



Sahur Dan Keberkatannya



Justeru daripada itu, terdapat banyak keberkatannya apabila bersahur, sebagaimana yang di sabdakan Rasullullah saw.  Jika dilihat pada mata kasar keberkatan yang tinggi nilainya adalah kepada kesihatan anggota badan.


Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jatidiri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanya:

إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ
“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (HR al-Nasa’i)


Oleh yang demikian, selamat bersahur dan seterusnya berpuasa dibulan ramadan yang penuh keberkatan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian