Salam Magrib Penuh Berkat

Salam Magrib Penuh Berkat

Waktu magrib tiba apabila terbenamnya sinaran matahari, dan dalam masa sama menandakan masuk solat fardhu magrib.

Solat fardhu magrib adalah salah satu solat wajib daripada lima waktu yang ditetapkan kepada seluruh ummat muslimin dan muslimat di muka bumi ini.

Salam magrib penuh keberkatan serta penambah pahala. Waktu solat magrib adalah singkat kerana tidak menunggu lama untuk menunaikan solat fardhu isyak.

Justeru itu, perkara yang baik dilakukan sementara menunggu solat fardhu isyak adalah membaca kitab suci al - quran, berzikir memuji kebesaran Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.



Salam Magrib Penuh Berkat



Lazimnya, keberkatan akan dikecapi walaupun tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Namun, ianya dirasai dengan naluri seperti ketenangan emosi dan rohani. Keberkatan sedemikian pastinya membawa kepada kesihatan anggota badan termasuklah fizikal dan mental.


Antara solat lima waktu.
  • Solat fardhu subuh
  • Solat fardhu zohor
  • Solat fardhu asar
  • Solat fardhu magrib
  • Solat fardhu isyak

Dirikanlah solat kerana ia adalah tiang agama dan kitab al - quran adalah panduan hidup kepada manusia di muka bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda, berpeganglah kamu kepada dua perkara iaitu kitab al - quran dan sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian