Piala dunia sukan bola sepak adalah salah satu piala yang melambangkan seluruh benua yang terdapat di muka bumi ini. Piala ini merupakan piala pusingan kepada negara yang memenanginya.
Dalam menyertai dan menjuarai piala ini, saringan perlawanan akan dilakukan dan hanya 32 negara yang bakal serta layak bertanding hasil daripada tapisan.
Dalam pada itu, tentu tertanya - tanya sejarah kewujudan dan penciptaan piala dunia ini terkini. Bersama ini dikongsikan asal usul piala dunia untuk pengetahuan bersama.
Apakah piala terdahulu yang di gunakan bagi perlawanan piala dunia, sebelum wujudnya rekabentuk piala dunia sekarang?
- Nama piala dunia dahulu iaitu Trofi dewi emas, ia juga dinamakan Piala Jules Rimet.
- Namun piala ini telah hilang dan digantikan dengan piala dunia terkini.
Berapakah dan Siapakah yang mencipta atau membuat atau mereka bentuk piala dunia terkini?
- Sejumlah 53 penyertaan individu daripada 7 negara yang layak dan keputusan reka bentuk dari Silvio Gazzaniga telah dipilih
Menurutnya: (Silvio Gazzaniga)
- Dia menghasilkan simbol universal, kerana saya mendapat ilham daripada dua imej asas, iaitu atlit yang berjaya dan dunia. Saya mencerminkan aspek kegembiraan pemain bola sepak yang memenangi kejuaraan, seorang lelaki yang berubah disebabkan kemenangannya, tetapi tanpa ego manusia yang tinggi. Wira sukan yang memeluk dunia dengan mengangkat tangannya, memcerminkan kekuatan yang diperlukan untuk melakukan pengorbanan setiap hari dengan ahli pasukannya dan ciri - ciri sejagat sukan seperti komitmen dan kebebasan.
Apakah kandungan atau meterial diperlukan semasa pembuatan piala dunia terkini?
- Tropi piala dunia terkini diperbuat daripada 5 kilogram emas 18 karat, berukuran 36.8 sentimeter tinggi dan berat 6.142 kilogram. Diameter tapaknya adalah 13 sentimeter dengan dua lapisan malachite, selari dengan warna padang bola sepak iaitu hijau.
Apakah ciri - ciri yang kelihatan pada piala dunia terkini?
- Dua tokoh manusia yang sedang menjunjung bumi.
- Bulatan bentuk sfera di bahagian atas dibentuk bagi mengambarkan imej benua - benua di muka bumi.
- Garis - garis di antara dua pemain menggambarkan tenaga dalam sukan bola sepak.
- Bahagian tapak diperbuat daripada dua cincin malachite yang berwarna hijau dan dipisahkan oleh cincin emas yang tertulis nama kejohanan Fifa World Cup.
- Ia juga di sediakan ruangan dengan menulis nama negara pemenang dalam bahasa tempatan, seperti tahun 1974 Deutschland atau 1994 Brazil. Nama disusun mengikut bulatan, meninggalkan ruang untuk pemenang seterusnya.
Bagaimanakah perlaksanaan peraturan semasa Fifa?
- Piala dunia yang asli tidak lagi diserahkan kepada pemenang kejuaraan.
- Menurut Fifa pemenang kejohanan akan menerima trofi replika tembaga bersalut emas. Trofi sebenar dipamerkan di Muzium Bola Sepak Dunia Fifa di Zurich, Switzerland sejak tahun 2006
0 Comments