Selangor Fc Menang Tapi Dimaki

Selangor Fc Menang Tapi Dimaki

Semalam 11 April 2022 satu perlawanan bola sepak melibatkan selangor fc menentang kedah darul aman fc. Berdasarkan sumber utusantv, Pasukan bola sepak Selangor FC menang besar malam tadi selepas menewaskan Pasukan Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 4 - 1 di dalam aksi Liga Super yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Bagaimanapun, suasana agak pelik berlaku apabila ada penyokong pasukan Red Giants tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan mereka yang bolos dengan satu jaringan itu dan seterusnya mengeluarkan kata-kata makian kepada pemain.

“Kau faham tak, kau kalau nak champion (jadi juara) tapi bolos sampai 30 gol macam season (musim) lepas, kep*** kau nak champion (jadi juara),” kata seorang peminat kepada dalam satu video yang viral di media sosial.

Difahamkan peminat tersebut memarahi pasukan Selangor kerana kegagalan benteng pertahanan mempertahankan kubu daripada dibolosi hingga pihak lawan mendapat satu gol.

Sasaran makian adalah ketua pasukan, Safuwan Baharudin hingga menyebabkan pemain Singapura itu tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong terbabit.

Begitupun ketua pasukan iaitu Safuwan tetap tenang dan mengakui sedia memaafkan penyokong terbabit sambil menyeru supaya terus memberi sokongan kepada pasukan tidak kira ketika di bawah mahupun di atas. sumber: utusantv


 
Selangor Fc Menang Tapi Dimaki



Keburukan bersikap negatif secara melulu atau tidak, antaranya;

  • Perpecahan ummat atau sanak keluarga atau sahabat handai
  • Pergaduhan antara satu sama lain
  • Sikap ketidak warasan akan terbawa - bawa kepada keluarga, walaupun perkara berpunya daripada orang lain 
  • Kesihatan rohani dan jasmani akan terkesan.
  • Menunjukkan diri kepada satu sikap tidak bermoral 
  • Mudah terasa emosi ekoran tidak menerima sesuatu hakikat dengan lebih harmoni


Oleh yang demikian, marilah kita sentiasa berada pada paksi seimbang dengan lebih bijaksana. Gunakan akal dengan lebih harmoni agar silaturrahim sentiasa di bangunkan dengan lebih ceria dalam juga situasi atau keadaan yang diharungi.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia