Sifat Pemanduan Negatif

Sifat Pemanduan Negatif

Jaringan jalan raya adalah milik semua masyarakat di satu - satu kawasan tempat mereka tinggal. Ia merupakan penghubung satu kawasan dengan kawsan yang lain.

Oleh yang demikian, kemudahan ini haruslah dijaga secara bersama, apatalagi apabila memandu di atasnya.


Sifat Pemanduan Negatif




Justeru daripada itu, dikongsikan beberapa sifat pemanduan negatif yang sepatutnya tidak dilakukan untuk penambahbaikan bersama, antaranya;

  • Memandu secara melulu
Sifat pemanduan secara melulu adalah satu tabuat yang tidak baik dan seperti mementingkan diri sendiri. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menjejaskan atau membahayakan diri sendiri malahan juga kepada pemandu yang lain.

  • Membuang sampah atau puntung rokok melalui tingkap kereta 
SIfat membuat sampah atau puntung roko semasa memandu bukan sahaja perbuatan tidak berintegriti malahan ia boleh dikatakan tidak berakal kerana tidak menghiraukan pemandu lain di bahagian tepi atau belakang. Dalam masa sama, ia juga memberi kesan kepada persekitaran alam semulajadi.

  • Berhenti tiba - tiba kerana kerosakan kenderaan, tanpa memasang lampu amaran kecemasan atau mengangkat tangan
Terdapat juga segelintir pemandu yang bersahaja apabila menghentikan atau berhenti secara tiba - tiba kerana kenderaannya rosak, namun dalam masa sama tidak menyalakan lampu kecemasan, atau mengangkat tangan atau keluar dari kenderaan sebagai tanda pemakluman kepada pemandu lain yang berbaris di belakang. Situasi ini, lebih memberi tekanan apabila di kawasan lampu isyarat, sehinggakan lampu isyarat bertukar warna merah semula.

  • Bermain telefon bimbit semasa memandu
Bermain telefon bimbit juga merupakan salah satu sifat negatif apabila sedang memandu di jalan raya. Kurang tumpuan boleh menyebabkan situasi tidak di ingini terjadi, ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, malahan juga kepada pandu lain. Bermain telefon boleh menyebabkan kestabilan pemanduan tidak tepat, dan menganggu pemandu lain yang berada di bahagian hadapan dan belakang.

  • Tidak menyalakan lampu isyarat lebih awal apabila membelok le kiri atau ke kanan
Tindakan atau sifat membelok kenderaan secara melulu tanpa menyalakan lampu isyarat, atau juga menyalakan lampu isyarat pada kadar singkat atau melulu boleh mengelirukan pemandu kenderaan lain di hadapan. Kenderaan adakalnya terpaksa diberhentikan serta merta dan ini samgatlah merbahaya.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan