Scammer adalah seseorang yang melakukan jenayah penipuan, atau erti kata lain orang yang melakukan atau mengambil bahagian dalam skim atau operasi penipuan untuk menipu seseorang dengan niat mendapatkan wang ringgit.
Scam adalah satu perbuatan yang dilakukan menggunakan peralatan elektronik (telefon) untuk memerangkap dan menipu seseorang dengan niat mendapatkan wang ringgitnya.
Dunia teknologi yang serba canggih haruslah sejajar dengan kebijaksanaan diri, khususnya semasa menggunakan peralatan elektronik dan seterusnya melayari gerbang sosial dihujung jari.
Tip Elak Terkena Scammer |
Justeru daripada itu tidak dinafikan jenayah scammer kian menular dari masa ke semasa. Oleh itu, gunakanlah kebijaksanaan dengan ampuh. Dikongsikan juga beberapa cara agar terelak daripada terkena jenayah scammer, antaranya:
- Elakkan mendaftar apa - apa maklumat diri pada laman web atau aplikasi yang tidak sahih atau meragukan
- Apabila mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan mencurigakan. Elakkan atau jangan sesekali memberikan maklumat diri, khususnya maklumat sulit seperti butir - butir perbankan dan yang lainnya
- Jangan panik apabila menerima serta melayan sesuatu panggilan yang dirasakan tidak ada berkaitan dengan diri atau tidak munasabah. Sebagai contoh; anda mempunyai saman tertunggak / pinjaman peribadi walhal anda tidak pernah membuat apa - apa sebarang pinjaman
- Apabila terangkat atau tersambut panggilan tidak dikenali, khususnya dari scammer, cuba ajukan soalan - soalan kepada scammer berkenaan dengan berani dan dalam masa sama menggunakan kaedah psikologi bagi mengenalpasti kesahihan maklumat. Sebagai contoh, anda mempunyai saman trafik dan diarahkan untuk perintah mahkamah, dalam masa sama cuba ajukan soalan soalan semula kepadanya, seperti saya tidak mempunyai kenderaan dan bagaimana pula saya dikenakan saman.
- Tip seterusnya adalah matikan sahaja panggilan, sekiranya maklumat yang dibualkan tidak masuk akal dan mencurigakan.
0 Comments