Ucapan Salam Ramadan

Ucapan Salam Ramadan

Ucapan salam ramadan kepada semua mulimin dan muslimat di seluruh dunia, tidak kira di mana berada. Semoga ketibaan bulan ramadan yang mulia memberi syafaat, nikmat kesucian hati serta kebaikan dalam apa juga perkara.

Allah humma fi syabban, waballikna ramadan.  Marhaban ya ramadan. Semoga ibadah puasa yang kita laksanakan akan sentiasa dipermudakan dari apa juga bala bencana dan musibah yang tidak baik.




Ucapan Salam Ramadan


Justeru daripada itu, dibulan ramadan yang mulia, marilah kita tingkatkan amal ibadah dengan melakukan perkara - perkara lebaikan yang bermanfaat pada diri sendiri dan juga orang lain.

Lembutkanlah lidah dalam apa juga kata - kata yang dilontarkan, agar ikatan silaturrahim sentiasa dapat dieratkan dengan utuh, seperti yang telah disebutkan hablum minau Allah, hambum mi nan Nas.

Amalan - amalan yang murni di bulan ramadan antaranya:
  • Mendirikan solat sunnat taraweh secara berjemaah dan solat - solat fardhu
  • Membaca kitab suci al- quran samaada bersendirian atau beramai - ramai
  • Bersedekah, dengan membantu golongan - golongan yang memerlukan
  • Sentiasa melafazkan kata - kata manis dan indah apabila berbicara
  • Menanamkan sifat - sifat terpuji dalam diri, seperti menghormati agar ikatan silaturrahim sesama insan dapat di eratkan.

Lanjutan daripada itu, sempena bulan ramadan mulia yang muncul tidak lama lagi, diucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa. Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan yang baik dalam menempuh apa juga segala ujian dan dugaan sepanjang bulan ramadan, dan semoga  puasa kita juga sentiasa mendapat syafaat pahala berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Aaminn Yaa Rabbal Alammin..


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia