Ucapan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di muka bumi ini. Semoga sentiasa bahagia dengan kesihatan mental fizikal yang baik. Dalam masa sama, dipermudahkan urusan serta rezeki dari sumber yang halal.
Hari raya aidilfitri, adalah salah satu perayaan yang diraikan oleh umat muslimin dan muslimat dengan melakukan pelbagai aktiviti, salah satunya menunaikan solat sunnat aidilfitri di pagi hari iaitu pada satu syawal.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Mutiara Kata [bersederhanalah dengan kekayaan dunia, nescaya akan mendapat kerahmatanya] |
Ucapan selamat hari raya aidilfitri untuk semua di hari yang penuh berbahagia setelah selesainya menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan selama sebulan. Hari kemenangan ini, adalah sangat bermakna kerana berjaya mengharungi dugaan dan cabaran puasa dengan penuh gembira dan kerahmatan. Hari kemenangan dihari raya aidilfitri dilakukan dengan amalan - amalan yang membawa manfaat kebaikan bersama.
Berikut antara aktiviti - aktiviti yang lazimnya dilakukan apabila tibanya hari raya aidilfitri:
- Memakai pakaian baharu dan wangi - wangian
- Menunaikan ibadah solat sunnat aidilfitri secara berjemaah di masjid atau surau
- Bermaaf - maafan zahir dan batin antara satu sama yang lain
- Menjamu juadah yang dihidangan bersama keluarga dengan penuh senyuman dan gembira
- Mengunjung sanak saudara, khususnya orang tua, untuk memantapkan lagi ikatan silaturrahim dengan baik
- Berbicara antara satu sama lain, untuk berkongsi - kongsi maklumat demi memperluas ilmu pengetahuan
Ucapan selamat hari raya adilfitri di bulan syawal adalah hari yang penuh kegembiraan. Semoga di hari - hari lainnya juga kita kekalkan kegembiraan agar kedamaian dan keamanan bersama dapat kita rasai dengan penuh syukur. Dalam pada itu, tingkatkanlah juga amal ibadah dengan melakukan perkara - perkara kebaikan yang membawa kepada manfaat bersama, dan menjauhi serta membenci perkara - perkara yang tidak baik dan tidak bermoral.
Akhir kalam, sekali lagi di ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
0 Comments