Umat Islam Solat Tarawih Di Times Square, New York

Umat Islam Solat Tarawih Di Times Square, New York

Paparan yang dikongsikan oleh pemilik instagram era.je memperlihatkan Umat Islam Solat Tarawih di perkarangan atau ruangan terbuka Time Square, Bandar Metropolitan New York.

Menariknya tidak ada kekacauan berlaku dari penganut agama lain. Solat sunnat tarawih yang dilakukan dikawasan terbuka berjalan dengan sempurnanya.


Masyarakat sekeliling begitu heran dan berdiri di sekitarnya sambil memerhati.



Umat Islam Solat Tarawih Di Times Square, New York
 


Reaksi solat tarawih di bandar New York, rata - ratanya mendapat pujian baik dari warga netizen di media sosial. Sebanyak 38 ribu dan 293 memberikan tanda suka dengan komen 144 lebih kepada ucapan syukur dan alhamdulillah.



Umat Islam Solat Tarawih Di Times Square, New York
 



Menurut pemilik laman sosial instagram badrulnxim di ruangan komen ini baru betul rapatkan saf bukan sajadah. Tidak kurang juga kepada musicvideo.my yang memberikan lima simbol cinta sebagai tanda suka dan sayang.


Lanjutan daripada itu, begitulah keunikan dan indahnya islam, jika pada ketika itu rumah ibadah tidak ada dan masuknya waktu solat, maka amal ibadah solat boleh dilaksanakan di mana - mana sahaja, asalkan kawasan berkenaan bersih dan selesa, serta selama.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan