Biodata Muhammad Haris, Pendakwah
Sepintas lalu,
Muhammad Haris Bin Mohd Ismail merupakan suami kepada Neelofa. Beliau juga adalah seorang pendakwah bebas dan aktif memberikan ceramah di saluran media sosial. Muhammad Haris sentiasa kelihatan ceria dan senyum memyebabkan ramai masyarakat yang selesa mendekatinya. Haris merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016
Maklumat Diri.
Nama penuh:
- Muhammad Haris Mohd Ismail
Nama panggilan:
- PU Riz
- Riz Ismail
Tarikh lahir:
- 02 Mei 1995
Umur pada tahun 2022:
- 27 tahun
Asal:
- Negeri Selangor Darul Ehsan
Pasangan hidup:
- Neelofa
Pekerjaan.
- Pelakon
- Pendakwah
Biodata Muhammad Haris, Pendakwah |
Maklumat Terdahulu
Pada 27 Mac 2021, beliau selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas pelakon dan pengacara TV, Neelofa dengan mengadakan sebuah majlis akad nikah yang mempunyai had tetamu.
Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Bermula daripada sesi perkahwinannya dengan Neelofa pada 27 Mac 2021, Haris serta Neelofa terpalit dalam siri perlanggaran tatacara operasi piawai berdasarkan hukum pandemik COVID-19 yang melanda negara serta dunia pada masa itu pada bulan-bulan awal perkahwinan. Perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan termasuk tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi perkahwinan mereka serta salah guna permit rentas negeri bagi tujuan peribadi. Siri perlanggaran yang dilakukan serta hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka mendapat perhatian serta kutukan pelbagai pihak. Kontroversi ini menjadi contoh utama persepsi ketidakadilan terhadap golongan atasan yang dipetik oleh orang ramai. Sumber: wikipedia
0 Comments