Biodata Raysha Rizrose, Artis

Biodata Raysha Rizrose, Artis

Biodata Raysha Rizrose, Artis


Sepintas lalu,

Raysha rizrose merupakan salah seoramg artis tempatan yang kini muncul di kaca televisyen dan semakin mendapat tempat di hati penonton menerusi lakonan drama bisik - bisik gelora. Beliau yang aktif dalam dunia lakonan sejak berusia lima belas tahun dan telah banyak melakonkan pelbagai watak.  Lakonanya yang santai namun penuh emosi dan hidup membuatkan para penonton meminatinya dari masa ke semasa.


Maklumat Diri.

Nama sebenar:

  • Farza Naquraisha binti Mohd Fariz 

Nama popular:

  • Raysha Rizrose

Tarikh lahir:

  •  22 Jun 1996

Umur pada tahun 2022:

  • 26 tahun

Asal:

  • Subang Jaya, Negeri Selangor, Malaysia

Nama ibu bapa:

  • Bapa : Mohd Fariz Iskandar berketurunan Melayu dan Cina-Indonesia 
  • Ibu: Rosmizai Mohd Noor berketurunan Thai

 

Tingkat Pendidikan.

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)



Biodata Raysha Rizrose, Artis



Kerjaya Awal.

Kerjaya Raysha bermula pada 2011 menerusi watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, yang merupakan kemunculan sulung beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun.

Empat tahun kemudian, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 20 peserta Dewi Remaja 2014/15 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid. Ini menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu. Selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan sama.

Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun. Sumber: Wikipedia


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Pendidikan Formal