Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan master program dalam dua mod berbeza iaitu mod kerja kerja kursus dan mod penyelidikan. Kedua mod pengajian ini mempunyai perbezaan dari segi pembelajaran dan juga tempoh pengajian.
Mod secara kerja kursus dilakukan
dengan adanya kuliah bersemuka dan juga perlu menduduki peperiksaan setiap akhir
semester. Dalam pada itu, pelajar juga diwajibkan membuat kajian selidik dengan
menyiapkan thesis untuk melayakkan pelajar bergraduat.
Mod penyelidikan pula tidak
memerlukan kuliah secara bersemuka dan tidak ada kuliah serta peperiksaan
diperuntukan. Pelajar hanya merujuk penyelia yang dilantik dan membimbing mereka dalam melengkapkan
kajian. Pelajar perlu menyiapkan thesis penuh dan di bentangkan di hadapan
panel yang dilantik semasa viva voce, bagi menentukan gred atau markah kajian pelajar samaada
layak dan tamat serta bergraduate atau sebaliknya.
Lazimnya, untuk memohon program master atau phd di UMS adalah sangat mudah dan hanya boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Calon yang memliki kelayakan haruslah melihat terlebih dahulu iklan penawaran bagi mengetahui program yang disenaraikan pada semester kemasukan berkenaan.
Berikut adalah
cara permohonan program master atau nama lainnya ijazah sarjana serta program phd di Universiti Malaysia Sabah
(UMS);
Langkah pertama
Lihat iklan penawaran program bagi mengetahui
program yang ingin dipohon ada ditawarkan pada semester pengajian berkenaan
atau sebaliknya.
Langkah kedua
Kenalpasti kelayakan yang
dimiliki adalah memenuhi syarat kemasukan program berkenaan sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
Langkah ketiga
Lengkapkan maklumat atau dokumen
yang diperlukan seperti Salinan kad pengenalan, Salinan transkrip, Salinan skrol,
sekeping gambar berukuran passport, sijil lain yang boleh dan berkaitan
menyokong permohonan.
Langkah keempat
Buat carian di google dengan
menaip perkataan mohon ums dan pilih serta masuk ke url https://mohon.ums.edu.my/pasca/ dan
lihat terlebih dahulu program yang ditawarkan pada halaman berkenaan.
Cara Mohon Program Master / Phd UMS |
Tekan Link Untuk Membuat Permohonan:
👉 Mohon Program Master / Phd
Langkah kelima
Tekan butang Apply Now dan cipta
ID sendiri. Selepas itu, maklumat pengaktifan akan dihantar ke emel yang daftarkan, dan tekan untuk aktifkan.
Cara Mohon Program Master / Phd UMS |
Langkah enam
Halaman borang akan terpapar yang
mana mengandungi sepuluh halaman dan perlu dilengkapkan. Pastikan setiap
halaman dan apabila menekan butang simpan, warnanya bertukar kepada hijau, ini menandakan maklumat berjaya disimpan.
Langkah ketujuh.
Muat naik dokumen yang diperlukan di halaman borang, dan seterusnya hantar permohonan, JIka ianya telah terhantar, semakan status permohonan boleh dilakukan dari masa ke semasa sehingga sebelum tarikh rasmi pendaftaran. Semakan boleh dilakukan di halaman portal yang sama.
0 Comments