Hukum Beri Duit Raya

Hukum Beri Duit Raya

Duit raya adalah duit yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain, samaada kerabat keluarga ataupun tetamu yang datang berhari raya.

Perlakuan ini dilakukan di musim perayaan hari raya aidilfitri khususnya. Duit raya biasanya di simpan dalam sampul yang beraneka coraknya. Jumlah duit raya dalam sampul adalah bergantung pada si pemberi dan keikhlasannya.

Mengupas tentang hukum beri duit raya di musim perayaan, ia di tetapkan adalah harus. 

Lazimnya antara yang teruja menerima atau mendapat duit raya adalah golongan kanak - kanak. Apatalagi, bila mereka dijanjikan duit raya yang nilainya besar apabila mereka lengkap berpuasa selama 30 hari. Tindakan serta langkah berkenaan adalah sangat baik, dan membantu mendidik anak agar fokus dan terlatih dari usia kanak - kanak untuk berpuasa.



Hukum Beri Duit Raya




Menurut sumber Sinar Harian; Hukum pemberian duit raya kepada kaum keluarga dan jiran tetangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah harus.

Ini bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim serta budaya kunjung mengunjung.

Demikian pandangan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) yang merujuk semula penjelasan isu semasa dalam slot Al-Kafi li al-Fatawi yang disiarkan laman sesawang rasminya pada Jun 2017.

Menurut PMWP, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat dan kanak-kanak adalah menepati perbuatan sedekah dalam Islam.

Turut dijelaskan, amalan tersebut menghasilkan tiga bentuk pahala iaitu pahala berbuat baik kepada kedua ibu bapa, pahala mengeratkan silaturahim dan pahala bersedekah.

Bagaimanapun, pemberian duit raya yang diberikan tidaklah dilakukan secara takalluf (memaksa diri) untuk memberi dengan jumlah yang besar. Sumber: sinarharian


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan