Kebaikan Aktiviti Ziarah Menziarahi

Kebaikan Aktiviti Ziarah Menziarahi

Ziara menziarahi adalah satu aktiviti yang dilakukan dengan mengunjungi rumah sanak keluarga, rakan taulan atau jiran tetangga adalah satu perbuatan yang baik, lebih - lebih lagi di musim hari raya aidilfitri. 

Dengan kemudahan pengangkutan yang moden, aktiviti sedemikian lebih mudah dilakukan dan boleh di jadikan aktiviti kekal walaupun bukan dimusim perayaan.


Kebaikan
Aktiviti Ziarah Menziarahi 



Justeru daripada itu, terdapat banyak kebaikan ziarah menziarahi di musim perayaan, khususnya hari raya aidilfitri, antaranya; 

  • Mengeratkan ikatan silaturrahim dengan lebih harmoni
  • Dapat kenal mengenali antara satu sama yang lain, walaupun berlainan bangsa dan kaum
  • Kehidupan sesuatu mukim akan lebih harmoni dan aman damai
  • Terhindar daripada sifat - sifat negatif yang membawa kepada perpecahan kaum dan ummah
  • Sentiasa dipandang baik oleh masyarakat lainnya
  • Sentiasa menjaga hubungan sesama manusia, sebagaimana dalam islam dinyatakan, hablum minannas
  • Terbentuk dan tersemai sifat - sifat yang baik, positif dalam diri


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian