Kemahiran Tunjang Kejayaan Kekal

Kemahiran Tunjang Kejayaan Kekal

Kerja adalah salah satu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan tulang empat kerat anggota badan. Menghasilkan sesuatu kerja adalah dimulai dengan fikiran, kemahiran dan disudahi dengan perbuatan.

Kemahiran yang mampan pasti menjadi tunjang kepada kejayaan yang kekal. Tanpa kemahiran , pendapat yang ada sudah pasti tidak dapat dihasilkan dengan baik dan nyata.

Justeru daripada itu, kemahiran adalah sangat penting kerana ia juga adalah pelengkap kepada hasil yang ingin dilakukan atau di cipta. Kemahiran yang luar biasa akan bertambah kekal dan pakar walaupun pada usia semakin meningkat.

Mari kita renungkan pada gambar di bawah, bagaimana kemahiran kekal pada seseorang walaupun telah menjangkau usia, namun dengan adanya kemahiran, beliau yg dimama usia, namun masih mampu membuat atau mencipta tembikar dengan kuantiti yang banyak dan kelihatan semuanya indah, halus dan menarik,



Kemahiran Tunjang Kejayaan Kekal



Pengajaran yang diperolehi daripada gambar di atas adalah betapa pentingnya kemahiran pada seseorang. Walaupun seseorang diterapkan dengan ilmu pengetahuan formal atau teori, namun tanpa unsur kemahiran sudah pasti kemantapan seseorang tidak begitu ketat atau berkualiti di pasaran. 

Oleh yang demikian, pelajarilah dan tingkatkanlah kemahiran dalam apa juga aspek yang dicuburi agar sentiasa berada pada paksi orang yang hebat di pasaran.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan