Pendidikan formal adalah satu pendidikan yang dipelajari dan diperolehi daripada seseorang yang bergelar guru. Ia diperolehi di sekolah, taska atau institusi.
Kepentingan pendidikan formal adalah merangkumi antaranya berikut:
Kepentingan Pendidikan Formal |
Pertama.
Hasil diperolehi merangkumi pelbagai bidang tidak seperti informal, antaranya dalam bidang sumber manusia, sains, ekonomi, matematik, sejarah dan lain - lain lagi.
Kedua.
Melalui pendidikan formal, seseorang akan mendapat pengetahuan yang meluas dan dalam masa sama dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Ketiga.
Kesenangan dalam urusan seharian, seperti mudah membaca dan memahami sesuatu isu yang viral atau di urus dan tidak mudah terpedaya dengan perkara negatif.
Keempat.
Mempunyai ruang dan peluang cerah dalam kerjaya. Erti kata lainnya pentingnya pendidikan formal kerana dengan adanya sijil, seseorang dapat menggunakannya untuk memohon dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang baik di masa mendatang.
0 Comments