KUALA LUMPUR, Malaysia: Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mengungguli Terbuka Thailand selepas mengetepikan pemain China, Li Shi Feng pada aksi final di Impact Arena, Bangkok, sebentar tadi.
Pemain berusia 24 tahun itu meraih kemenangan dalam pertarungan tiga set 17-21 21-11 23-21.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia muncul pemain ketiga negara merangkul gelaran itu selepas Yong Hock Kin pada 2001 dan Hafiz Hashim (2005). Sumber: Bharian.
Lee Zii Jia Rangkul JuaraTerbuka Thailand |
Terdahulu, Lee Zii Jia merupakan pemain badminton yang menduduki tangga ke 49 terbaik dunia, seringkali memperagakan aksi permainan linca dan tangkas semasa berada di medan gelangang badminton. Kekuatan pukulan smash dan juga pukulan kidal membuatkan dirinya mampu mengawal keluasan gelanggang dengan baik.
Dalam masa sama, beliau juga berkeupayaan mengawal tekanan dengan baik semasa di gelanggan, walaupun adakalanya berada dalam kedudukan mata terbelakang dari pihak lawan.
Lee Zii Jia Rangkul JuaraTerbuka Thailand |
Lanjutan daripada itu, Lee Zii Jia sering menjadi calon utama negara ke mana - mana arena perlawanan badminton, baik dalam negara ataupun di luar negara. Sepanjang perlawanan, beliau tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan aksi serta kesungguhan menentang musuh, walaupun kalah dengan pihak lawan. Namun demikian, ketangkasannya mengawal bulu tangkis membuatkan para penonton berpuas hati dan memberikan semangat yang jitu.
0 Comments