Memanjatkan doa kepada sang pencipta iaitu Allah SWT dengan tujuan memohon pertolongan serta tanda kesyukuran adalah satu perbuatan terpuji.
Dalam masa sama, ia juga sebagai tanda menghormati atau terima kasih kepada Allah SWT atas nikmat, kudrat yang diberikannya. Lazimnya, nikmat berdoa ada banyak dan tidak terungkai semuanya. Dilihat pada mata kasar, berikut adalah di antaranya;
- Mendapat ketenangan rohani dan jasmani sentiasa, samaada dalam kesenangan mahupun kesibukan.
- Mudah melakukan sesuatu pekerjaan atau pencarian rezeki seharian.
- Sentiasa mendapat perlindunagn yang baik daripada Allah SWT dan dipermudahkan urusan serta rezeki.
- Tanda syukur dan terima kasi atas nikmat dan kudrat kurmiaannya.
- Terhindar daripada melakukan sesuatu perkara atau perbuatan negatif yang tidak membawa kepada kebaikan.
- Mendapat ganjaran pahala berlimpah ruah daripada Allah SWT.
0 Comments