Pantun kaamatan pertama.
Pesta kaamatan pesta riang ria
Kadazan dusun meraikannya
Pelbagai busana memukau mata
Unik sungguh di serata dunia
Pantun kaamatan kedua.
Unduk ngadau nama diberi
Tanda dijulang hasil perjuangan
Pesta kaamatan penuh berseri
Pusaka temurun dipertahankan
Pantun kaamatan ketiga.
Tarian gala nama diberi
Dipersembahkan di pesta kaamatan
Janganlah amalkan sifat berdengki
Satukanlah ummah dengan berwawasan
Pantun kaamatan keempat.
Semangat padi lambang kaamatan
Dituai di sawah penuh kerajinan
Kaamatan di aspirasikan
Agar budaya tetap berkekalan
Pantuan kaamatan kelima.
Kaamatan pesta tahunan
Gilang gemilang diraikan
Budaya kaum diperagakan
Buat ingatan sepanjang zaman
Pantun kaamatan keenam
Pesta kaamatan satu penyatuan
Berbilang kaum adat keturunan
Kenal mengenal dapat eratkan
Agar kehidupan setiasa aman
0 Comments