Kemudahan pengangkutan khususnya kereta adalah sangat penting pada masa kini. Ia bukan sahaja mampu menghubungkan satu kawasaan dengan kawasan lain dengan mudah, malahan ia juga memberi kesan kepada hubungan sesama manusia dengan lebih baik melalui kaedah bersua muka.
Justeru daripada itu, penyelengaraan juga adalah perlu bagi mengelakkan daripada kerosakan bertambah teruk. Kos penghantaran ke bengkel adakalanya diluar kemampuan sesetengah individu. Oleh itu, ia boleh dilakukan cara diy (do it yourself), antaranya;
- Cara penjagaan pertama.
Sentiasa tahu akan servis mintak pelincir, minyak gear dan filter. Ini adalah asas dalam kenderaan, jika cecair ini tidak diganti mengikut jadual, ia boleh menyebabkan minyak menjadi hitam pekat, melekat dan boleh merosakkan dalaman enjin kenderaan. Ia boleh dilakukan secara sendiri dengan hanya memberi bahan - bahanya di kedai.
- Cara penjagaan kedua.
Membersihkan atau mencuci enjin kenderaan sekali sekali atau sentiasa. Enjin yang sentiasa bersih akan mengelakkan ianya terkena kotoran seperti lumpur dan sebagainya. Dalam masa sama, ia menyumbang kepada permukaan enjin sentiasa berada dalam keadaan baik dan lancar.
- Cara penjagaan ketiga.
Pemerikaaan secara diy sekali dalam dua minggu dengan membuka bonet enjin, bagi mengetahui keadaan enjin samaada terdapat kerosakan atau sebaliknya. Sebagai contoh memeriksa tahap minyak pelincir, cecair coolent pada radiator, minyak break dan lain - lain lagi
Penjagaan Kereta Cara Diy |
Lazimnya, bagi memantapkan pengetahuan tentang keadaan enjin kenderaan sendiri, ia boleh dilakukan dengan melihat pengalaman orang lain atau mekanik - mekanik pada saluran media sosial seperti youtube, google yang mereka kongsikan. Dalam masa sama, ia membantu untuk sendiri melakukannya secara diy (do it yourself).
0 Comments