Awet muda adalah satu kejadian yang di inginkan oleh setiap insan yang bernama manusia di muka bumi ini. Pelagai jenis produk baik tradisional ataupun moden yang digunakan ketika ini untuk mendapatkan wajah yang muda serta kesihatan anggota tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.
Lazimnya, pelbagai petua diamalkan secara semulajadi bagi mengekalkan awet muda, namun adakalanya tidak membuahkan hasil yang baik, serta sebaliknya. Hal sedemikian, adakalnya dipengaruhi oleh faktor - faktor dalaman dan luaran di luar jangkaan.
Melihat pada situasi sedemikian, berikut dikongsikan adalah beberapa petua awet muda secara semulajadi yang mungkin berguna dan boleh diamalkan sentiasa, antaranya;
- Latih diri untuk sentiasa bersyukur dan bersabar
Dua kunyi utama adalah sangat penting dan memberi kesan yang baik kepada awet mudah. Hal ini kerana, apabila kesihatan dalaman iaitu rohani sentiasa dalam keadaan sihat, tenang, cergas secara automatiknya akan memberi kesihatan pada anggota luaran.
- Elak daripada menghadapi tekanan atau permasalahan negatif
Tekanan perasaan, pastinya memberi kesan negatif khususnya kepada pemikiran dan perasaan, Keletihan berfikir akan menyebabkanraut wajah serta susut badan terjejas, dalam masa sama daya kesimbangan badan adakalanya tidak stabil. Oleh itu, elakkan daripada tekanan dan keraplah lakukan kegiatan sosial yang mendatangkan kegembiraan.
- Meningkatkan amal ibadah lebih konsisten
Petua seterusnya adalah sentiasa meningkatkan amal ibadah dengan mendirikan solat, membaca kitab suci al - quran dan yang lainnya dari masa ke semasa. Mendekatkan diri kepada Allah SWT adalah salah satu tanya syukur dan patuh pada arahannya dan dalam masa sama sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan rohani dan jasmani yang baik.
0 Comments