Pusat Luar UMS Perkenal SATUMS

Pusat Luar UMS Perkenal SATUMS

Pusat Luar UMS atau singkatan namanya PLUMS merupakan salah satu pusat tadbir urus di dalam UMS yang mengendalikan program - program Universiti secara komersial melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat. Program yang ditawarkan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja, asalkan memiliki syarat permohonan program yang ditetapkan.

Terdahulu, PLUMS berperanan mengurus program - program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Ijazah Sarjana (secara kerja kursus / mod campuran) melalui pembelajaran kuliah setiap hari sabtu dan ahad / malam.

Melihat kepada permintaan pasaran yang begitu jitu dan mantap serta merealisasikan hasrat masyarakat. Terkini PLUMS memperkenalkan satu lagi saluran kemasukan terus ke UMS bagi program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) iaitu SATUMS atau nama penuhnya Saluran Ambilan Terbuka Universiti Malaysia Sabah. Istemewanya saluran ini, ia juga adalah terbuka kepada semua yang berminat dan memiliki syarat permohonan. Melihat kepada konsep pembelajaran, kuliah melalui saluran ini dikendalikan secara sepenuh masa iaitu waktu siang dan setiap hari. Saluran ini amat baik kerana memberi peluang kepada calon - calon yang inginkan suasana kampus secara sepenuh masa pengajian.

Maklumat lanjut bidang program yang ditawarkan melalui saluran SATUMS untuk kemasukan september 2022 boleh lihat pada iklan dibawah:

  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains komputer
  • Sains makanan
  • Sains sosial
  • Perhutanan
  • Teknologi maklumat
  • Psikologi
  • Matematik
  • Pendidikan awal kanak - kanak

Sumber : PLUMS

Pusat Luar UMS Perkenal SATUMS


Apakah syarat - syarat kemasukan program bagi saluran SATUMS?

👉 Syarat kemasukan program


Bagaimanakah hendak memohon program saluran SATUMS ?

👉 Borang permohonan (Mohon)



Penawaran bidang program juga adalah berbeza - beza setiap semester kemasukan, ia bergantung kepada pihak yang menawarkannya. Lazimnya di UMS, khususnya program kendalian PLUMS kemasukan atau pengambilan pelajar baharu dilaksanakan setiap bulan Februari dan September setiap Tahun.  Calon - calon yang berminat untuk mengikuti pengajian di UMS, khususnya melalui program - program yang dikendalikan oleh Pusat Luar UMS, bolehlah melayari laman web PLUMS atau laman media sosial PLUMS (facebook, instagram) atau menghubungi talian pejabat berkenaan dari masa ke semasa. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Mengikuti Pendidikan Sesat