Regatta Lepa Semporna Sabah

Regatta Lepa Semporna Sabah

Regatta, membawa maksud perayaan atau pesta atau keramaian yang dilakukan secara meriah untuk semua masyarakat dan dilaksanakan secara terbuka dan harmoni serta penuh dengan gilang gemilang.

Lepa, bermaksud sampan yang diperbuat daripada kayu dan dipasangkan layar (lamak, dalam bahasa bajau pantai timur Sabah) dengan bantuan angin untuk mengerakannya semasa berada di atas air laut dari satu kawasan/ pulau ke kawasan/ pulau lain. Ia dikemudi dengan menggunakan dayung (busai, dalam bahasa bajau pantai timur Sabah) agar ianya bergerak dengan baik mengikut kemahuan yang di tuju, oleh pengemudinya. Kelajuan Lepa, adalah bergantung kepada kekuatan atau kelajuan tiupan angin.


Regatta Lepa Semporna Sabah



Sempena dengan sejarah permulaan lepa sebagai kenderaan pengangkutan utama masyarakat suku kaum bajau yang mendiami kawasan pesisir pantai dan laut di kawasan pantai timur Sabah pada masa itu, ia di aspirasikan dan dijadikan simbol kemegahan serta keramaian kepada regatta lepa. Umumnya, Regatta Lepa Semporna Sabah merupakan pesta yang diraikan oleh suku kaum bajau khususnya dikawasan pantai timur daerah Semporna. Pesta ini merupakan satu pesta tahunan yang diraikan dengan mempamerkan etnik kebudayaan suku kaum bajau laut dan darat khususnya di daerah Semporna.


Dalam pada itu, Regatta Lepa juga merupakan sambutan pesta air tahunan dalam kalendar ‘Pesta Air Malaysia’ dan diadakan di daerah Semporna, Sabah, sejak tahun 1994.


Regatta Lepa Semporna Sabah



Lazimnya, beberapa acara sukan melibatkan pertandingan lepa berhias,  aksi perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Namun, pertandingan lepa adalah tunggak utama kepada pesta berkenaan, ratu lepa yang bertanding dengan berada di atas lepa sambil mempersembahkan tarian igal - igal akan di angkat sebagai ratu lepa pada tahun berkenaan apabila terpilih dan dinobatkan sebagai pemenang.

Terdahulu, suku kaum bajau di negeri Sabah adalah antara entik terawal yang menduduki kepulauan borneo ini sejak berkurun tahun lamanya. Suku kaum bajau terbahagi kepada bajau sama (dari kawasan pantai barat Sabah), manakala bajau laut dan bajau darat (dari kawasan pantai timur Sabah)


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan