Selamat Menyambut Hari Gawai

Selamat Menyambut Hari Gawai

Hari Gawai adalah salah satu perayaan yang di sambut oleh suku kaum etnik di Negeri Sarawak, bumi kenyalang. Pesta ini mempamerkan kebudayaan suku kaum berkenaan kepada umum dan dalam masa sama ianya tidak hilang ditelan zaman.

Kebaikan hari gawai merangkumi pelbagai sudut khususnya kepada kebaikan iaitu hubungan sesama manusia.


Selamat Menyambut Hari Gawai



Lazimnya, hari berkenaan merupakan pesta tahunan dan disambut dihujung bulan mei setiap tahun. Ia juga  lebih dikenali sebagai Hari Gawai Dayak, dan merupakan konsep yang dibawa oleh penerbit radio, Tan Kingsley dan Owen Liang daripada komuniti Dayak. Kerajaan kolonial British enggan mengiktiraf Hari Dayak sehingga 1962. Mereka hanya memanggilnya sebagai Hari Sarawak dengan melibatkan semua orang Sarawak sebagai hari kebangsaaan, tanpa mengira asal etnik.

Terdahulu, Gawai membawa maksud festival dan Dayak nama kolektif untuk orang pribumi di Sarawak, Kalimantan dan pedalaman Borneo. Bilangan penduduk dianggarkan antara dua hingga empat juta orang. Orang Dayak, sebelumnya dikenali sebagai Dayak Laut kebanyakannya orang Iban



Selamat Menyambut Hari Gawai





Perwujudan hari gawai adalah satu langkah bijak demi mempromosi etnik pribumi kepada orang ramai. Dalam pada itu, ia juga menyumbang kepada struktur ekonomi sesebuah negeri dan negara dengan lebih baik. Pesta gawai juga, mampu menyumbang kepada kesatuan ummah atau kaum dengan kaum - kaum yang lain dengan lebih baik dan harmoni. Oleh yang demikian, di ucapkan selamat menyambut hari gawai kepada semua masyarakat khususnya mereka atau kaum yang merayakannya.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan