Selamat Menyambut Hari Guru

Selamat Menyambut Hari Guru

Guru adalah pendidik kepada anak - anak dari peringkat kanak - kanak sehingga ke peringkat dewasa. Jasa guru tidak ternilai harganya kerana dengan gurulah, ramai anak - anak menjadi insan yang hebat dan bermanfaat kepada nusa, bangsa, agama dan negara.

Didikan dari seorang guru baik dalam bidang sains, sejarah, agama mahupun ekonomi adalah sangat baik, dan dalam masa sama mampu membentung anak - anak daripada gejalah yang tidak sihat.


Selamat Menyambut Hari Guru


Justeru itu, sempena hari guru hari ini, diucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua mereka yang bergelar guru, baik di sekolah tadika, taska, pondok, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.

Pendidikan formal yang dicurahkan oleh seorang guru, adalah memberi kebaikan dan jaminan kepada anak - anak di masa mendatang, khususnya kepada pekerjaan dan juga kehidupan.

Selain daripada itu, melalui didikan ibu bapa yang utama di rumah, secara tidak langsung ia juga membantu guru - guru mendidik anak - anak dengan mudah.

Akhir kata, ibu bapa adalah aspirasi anak - anak, sementara guru adalah penyumbang serta penambah ilmu pengetahuan secara formal kepada anak - anak agar anak - anakemjadi insan cemerlang dalam pendidikan dan seterusnya menyumbang kepada bangsa dan negara.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian