Selamat Menyambut Hari Ibu

Selamat Menyambut Hari Ibu

Ibu... ibu... Engkaulah ratu hatiku. Ibu adalah insan terpaling mulia kerana ibulah seorang anak dalam kandungan selama sembilan bulan dapat dilahirkan dengan sempurna dan sihat walafiat serta izin Allah SWT. 

Nikmat dan berkatnya Ilahi, seorang anak dapat dilahirkan penuh sifatnya dan seterusnya dapat mengecapi nikmat dunia.

Hari ibu yang di sambut setiap tarikh 08 Mei setiap tahun iaitu minggu kedua, adalah satu sambutan yang baik demi mengangkat serta menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu.

Justeru daripada itu, diucapkan setinggi - tinggi hari ibu kepada ibu dan para mereka yang berstatus ibu di muka bumi ini, semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat serta gembira selalu dalam satu keluarga harmoni dan penuh kasih sayang.



Selamat Menyambut Hari Ibu



Dalam masa sama, tingkatkan juga amal ibadah kepada Allah SWT serta sentiasa melakukan perkara - perkara kebaikan yang penuh bermanfaat.

Selamat menyambut hari ibu.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian