Selamat Menyambut Pesta Kaamatan

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan

Pesta kaamatan merupakan salah satu perayaan yang dirayakan oleh suku kaum etnik kedazan dusun di Negeri Sabah khususnya. Ia di rayakan dengan melakukan pelbagai acara atau aktiviti.

Dalam pada itu, semasa pesta kaamatan sudah pasti akan ada undu ngadau atau ratu cantik dari setiap kawasan atau daerah yang akan bertanding dan merebut taktah juara. 

Lazimnya selain daripada faktor kecantikan, pelbagai penilaian akan di nilai kepada undu ngadau bagi menghangatkan lagi prestej dan mutu pertandingan. 

Perayaan ini di sambut setiap tahun, dan pastinya menyumbang kepada kesatuan setiap masyarakat khususnya di Negeri Sabah. Kesatuan ikatan silaturrahim yang baik dapat di eratkan, walaupun hampir 100% negeri ini dihuni oleh pelbagai suku kaum selain kedazan dusun, seperti bajau, sungai, kedayan dan lain - lain lagi.

Selain daripada itu, pesta keamatan juga akan memperkenalkan budaya kehidupan, seperti pemakaian dan corak hidup masyarakat suku berkenaan. Selain keunikannya, ia juga menjadi aspirasi kepada dan tauladan baik kepada generasi baharu dari masa ke semasa. 

Justeru daripada itu, diucapkan selamat menyambut pesta keamatan kepada semua. Semoga dengan adanya pesta atau keramaian seumpama ini, ia mampu meningkatkan lagi keharmonian hidup yang lebih baik dan sihat kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri Sabah khususnya.



Selamat Menyambut Pesta Kaamatan





Definisi kaamatan.

Perkataan Kaamatan berasal daripada kata dasar tomot, istilah Kadazandusun untuk "tuai". Kaamatan merujuk kepada tempoh menuai padi, yang melibatkan satu siri ritual tradisional yang memuncak akhirnya ke Magavau dan perayaan Moginakan Kaamatan (Tuai) peringatan, sebagai penghormatan kepada oh Huminodun, Ponompuan yang dikorbankan — Puteri Kinoingan (Tuhan).


Istilah Kaamatan telah digunakan oleh masyarakat sabah, khususnya kaum atau etnik Kadazan-Dusun dan Murut di Negeri Sabah sejak Tun Fuad Stephens menjadi ketua menteri Sabah. Selain istilah Kaamatan, terdapat istilah "Kokotuan" yang dibahas untuk digunakan dalam perayaan Kaamatan. Sumber: Wikipedia



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia