Strategi pemasaran adalah sangat penting dalam sesuatu perniagaan yang dilakukan. Kehebatan promosi mampu memukau serta meningkatkan penjanaan pendapatan hari demi hari.
Lazimnya, terdapat pelbagai cara atau strategi pemasaran yang boleh dilakukan. Namun hasilnya adalah berbeza - beza, ada yang membuahkan hasil dan ada juga yang tidak.
Oleh yang demikian, strategi yang terbaik haruslah di lakukan dengan lebih bijaksana, apatalagi jika kos yang digunakan adalah sedikit, namun hasilnya lumayan.
Berikut adalah lima strategi pemasaran terbaik yang boleh dilakukan khususnya bagi pemula perniagaan dan juga yang ingin meningkatkan pendapatan secara berterusan, antaranya;
- Produk / barang
Produk adalah merujuk kepada jenis barang yang hendak di dagangkan kepada umum dipasaran. Kefungsian atau kegunaan barabg haruslah dikenalpasti dan sesuai dengan sasaran. Ia juga perlu di balut (pakeging) dengan baik dan menarik serta selamat apabila digunakan.
- Price / harga
Tingkat harga yang diletakkan ke atas sesuatu barang haruslah berpatutan dan mampu dibeli oleh pengguna. Ia juga haruslah berada pada harga pasaran dan mampu menyaingi pesaing - pesaing di pasaran.
- Place / tempat
Tempat atau lokasi berniaga juga merupakan kunci kepada peningkatan pendapatan. Lokasi yang strategik dengan tumpuan ramai pengunjung adalah berpotensi tinggi berbanding kawasan yang selesa, luas, namun terpencil daripada pandangan serta pemgetahuan orang ramai.
- People / pengguna
Strategi seterusnya adalah menjurus kepada pengguna yang menggunakan barangan yang di jual. Sasaran haruslah dikenalpasti apabila ingin menghasilkan dan menjual produk ke pasaran. Sasaran pengguna yang tepat secara langsung meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos.
- Promotion tools / alat promosi
Memamtapkan perniagaan perlu melakukan aktiviti promosi seiring dengan keadaan pasaran. Peralatan promosi yang digunakan haruslah bertepatan dengan jiwa serta keadaan permintaan pasaran. Terdapat dua peralatan utama yang boleh digunakan bagi menghebahkan serta meluaskan promosi barang dagangan kepada umum, iaitu dengan menggunakan saluran media elektronik (favebook, televisyen, instagram, tik tok, radio) dan media cetak (surat khabar, majalah, bunting, poster) dan lain - lain lagi.
0 Comments