Memandu kenderaan di jalan raya sememangnya adalah merbahaya jika cara pemanduan tidak sihat serta tidak mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Lazimnya, risiko akan dihadapi lebih tinggi apabila memandu untuk jarak kilometer yang jauh.
Oleh yang demikian persiapan perlu ada sebelum memulakan pemanduan, demi keselamatan serta keselesaan semasa berada di jalan raya.
Berikut adalah beberapa tip memandu selamat untuk perjalanan jauh, antaranya;
- Servis kenderaan terlebih dahulu seperti minyak enjin, radiator, bateri, tayar kenderaan dan yang lainnya bagi mengelakkan musibah kerosakan di perjalanan nanti.
- Rehat secukupnya, dengan tidur awal serta makan dengan baik bagi memudahkan keselesaan semasa memandu dan mengelakkan tertidur.
- Kenal pasti arah perjalanan dan keadaan cuaca semasa sebelum memulakan pemanduan. Faktor seperti banjir, tanah runtuh hujan ribut pada laluan yang bakal dilalui. Ianya sangat penting bagi mengelakkan perjalanan tergendala di perjalanan serta mengelakkan musibah.
- Pastikan barang - barang keperluan kenderaan siap sedia baik berada dalam kenderaan, seperti pembuka tayar, pum tayar, tayar spare dan yang lainnya di rasakan perlu.
0 Comments