Tip Rumah Tangga Bahagia

Tip Rumah Tangga Bahagia

Diciptakan Adam dan Hawa (dari tulang rusuk Adam) adalah sebagai peneman hidup di dunia. Dalam erti kata lain, setiap makluk yang bernyawa diciptakan berpasang - pasangan, seperti bulan dan matahari yang saling melengkapi dengan tugas menerangi muka bumi sebagaimana siang dan malam.

Menjurus pada tajuk utama, iaitu tip rumah tangga bahagia adalah sangat penting. Perihal rumah tangga pasti di alami oleh mereka yang telah mendirikan rumah tangga, ada yang bahagia dan ada juga yang tidak bahagia, dengan maksud lain seringkali bergaduh atau bertengkar antara satu sama lain.


Tip Rumah Tangga Bahagia




Lazimnya, terdapat banyak tip rumah tangga bahagia, antaranya adalah berikut;

Tip Pertama.
Amalkan sikap atau tabiat saling mengala atau bertimbang rasa antara satu sama lain. Gunakan kata - kata lembut yang memberi kesan kepada kasih sayang bersama.

Tip Kedua.
Seringkali keluar bersama bersiar - siar ke tempat yang aman damai. Walaupun telah beranak pinak, namun luangkan masa untuk saling bermanja sebagaimana detik permulaan berkenal dan bercinta.

Tip Ketiga.
Terapkan dalam keluarga situasi yang harmoni semasa berbicara. Didik keluarga bersama dari awalnya dengan keagamaan dan juga akhlak yang mulia.

Tip Keempat.
Seringkali berbincang secara baik dan sehaluan terhadap isu yang dihadapi, baik kecil mahupun besar. Ia sangat penting bagi mengelakkan sakwasangka yang negatif atau salah faham antara satu sama lain.

Tip Kelima.
Elakkan diri baik lelaki atau perempuan agar tidak bersifat negatif seperti membuat hubungan sulit (skandal) baik hanya kawan atau sebagainya dengan orang lain atau pihak ketiga secara tersembunyi atau terangan. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan