Pemanduan yang lama di jalan raya boleh menyebabkan rasa mengantuk dan kepenatan. Hal ini lebih dikenali sebagai
Microsleep, iaitu keterangan suatu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat.
Langkah atau tip selamat memandu, adalah seperti berikut;
- Rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan pemanduan
- Jangan sesekali memandu jika mengantuk
- Bertukar pemandu jika boleh dan mendesak
- Berhenti seketika untuk tidur selama 10 ke 20 minit
- Berbual dengan teman seperjalanan
- Mengerakkan tubuh badan (Senaman)
- Sentiasa minum air yang mencukupi
Tip Selamat Memandu Di Jalan Raya |
Pemanduan haruslah dilakukan dengan lebih bijak, hal ini kerana di jalan raya terdapat juga pengguna yang lain yang sama - sama menggunakannya. Oleh yang demikian, patuhilah juga arahan - arahan jalan raya yang telah ditetapkan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.
0 Comments