Biodata Anna Jobling, Artis

Biodata Anna Jobling, Artis

Biodata Anna Jobling, Artis


Sepintas lalu,

Anna jobling merupakan salah seorang artis tanah air yang mula menempah nama pada tahun 2018. Dia yang berwajah lembut dan menawan membuatkan dirinya semakin dikenali dalam dunia seni.

Dalam masa sama, Anna juga sering tampil di kaca televisyen menerusi drama bertajuk Melur Untuk Firdaus dengan memegang watak utama sebagai Melur. Lakonanya yang bersaja, namun penuh tenaga dan kelihatan realiti.

anak tunggal kepada bapanya yang berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibunya yang berbangsa Melayu dari Melaka. Bapanya bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya bekerja sebagai pengurus


Maklumat Diri.

Nama sebenar:

  • Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman

Nama panggilan / popular:

  • Anna Jobling

Tarikh lahir:

  • 14 Ogos 2000

Umur pada tahun 2022:

  • 20 tahun

Asal:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia



Pekerjaan / Kerjaya

  • Pelakon
  • Model
  • Pengacara




Biodata Anna Jobling, Artis



Sejarah Permulaan Kerjaya 

Awalnya, sebelum menyertai Dewi Remaja, Anna Jobling memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah.

Sejurus daripada itu, beliau dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Aween Ismail dan Arena Lieya. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat.

Kerjaya lakonan Anna bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem Pasal Kau! arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen dan Janna Nick. Beliau melakonkan watak sebagai Emelia.[5] Drama pertama lakonan beliau ialah One Two Hantu yang bersiaran di Awesome TV. Sumber: Wikipedia


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian