Biodata Ifa Raziah, Artis

Biodata Ifa Raziah, Artis

Biodata Ifa Raziah, Artis


Sepintas lalu,

Ifa Raziah atau nama penuhnya Datuk Saripah Ifa Raziah binti Mustapha dilahirkan pada 22 September 1975. Beliau juga juga dikenali sebagai Miss Diva Ifa Raziah, dan merupakan  seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan penghibur televisyen sensasi dari Malaysia.

Selain itu, beliau juga turut digelar sebagai "Diva Dangdut Malaysia" dan merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan.Di samping itu, Ifa turut sinonim dengan moto "Sukerr..Banggee.." dan Pukpukpukk.


sumber wikipedia

Biodata Ifa Raziah, Artis




Maklumat Diri.

Ifa Raziah merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu-Arab. Beliau dibesarkan di Flat Pekeliling Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Beliau juga telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semasa di bangku sekolah, Ifa juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang ahli sukan kerana beliau sememangnya aktif dalam sukan di sekolah dan ingin menjadi peguam. Di samping itu, beliau juga bersekolah bersama dengan Erra Fazira dan Umie Aida.


Kerjaya Awal.

Bakat Ifa Raziah dalam bidang nyanyian mula dikesan sejak di zaman sekolah tadika lagi di mana pada hujung tahun, beliau telah menyertai acara persembahan dengan menyanyikan lagu Hingga Akhir Nanti nyanyian asal Kumpulan Alleycats. Ifa Raziah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi apabila beliau menyertai sebuah program realiti televisyen terbitan negara Jepun iaitu Asia Bagus mewakili negara Malaysia di Singapura pada tahun 1992.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia