Biodata Mat Kilau, Pahlawan

Biodata Mat Kilau, Pahlawan

Biodata Mat Kilau, Pahlawan


Sepintas lalu,

Mat Kilau merupakan salah seorang pahlawan tanah air pada zaman dahulu yang berjuang menentang penjajah british. Beliau yang digelaran Mat Siam, merupakan seorang pahlawan Melayu di Negeri Pahang. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865–1867 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang, dan menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.



Biodata Mat Kilau, Pahlawan



Maklumat Diri.

Nama penuh:

  • Mat Kilau bin Imam Rasu


Nama lain:

  • Mohamed bin Ibrahim


Nama panggilan:

  • Mat siam
  • Mat kilau


Tarikh lahir:

  • Sekitar tahun 1865 hingga 1867


Asal:

  • Jerantut, Pahang, Tanah Melayu (kini Malaysia)


Meninggal dunia:

  • 16 Ogos 1970 (umur 103–104)
  • Gambang, Pahang, Malaysia


Terkenal dan sangat disegani kerana:

  • Mempertahankan tanah air terhadap campur tangan dari penjajah British di Pahang


Pasangan hidup:

  • Yang Chik binti Imam Daud (k. 1886)
  • Esah (ditinggalkan 1895)[2]
  • Ajrah binti Bakar 
  • Mak Besar 


Nama Ibu dan bapa:

  • Tok Gajah
  • Teh Mahda Tok Kaut


Post a Comment

4 Comments

  1. MANTAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP

    ReplyDelete
  2. Tq for info semangat

    ReplyDelete

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia