Biodata Mohamadou Sumareh, Atlet

Biodata Mohamadou Sumareh, Atlet

Biodata Mohamadou Sumareh, Atlet


Sepintas lalu,

Mohamadou Sumareh merupakan salah seorang pemain bola sepak yang telah bermain mewakili beberapa negeri dan juga peringkat kebangsaan.

Ketangkasan dan kelincahan beliau di padang membuatkan dirinya diminati ramai dan sering mendapat pelawaan daripada kelab - kelab bola sepak tanah air dan antarabangsa.

Beliau yang berasal dari Gambia adalah seorang pemain bola sepak professional Malaysia yang bermain untuk Johor Darul Takzim FC di Liga Super Malaysia. Dalam masa sama, beliau merupakan pemain naturalisasi pertama yang berketurunan Afrika bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sejak tahun 2018.

Terkini Sumareh mendapat kewarganegaraan Malaysia secara naturalisasi pada April 2018. Beliau juga turut dipanggil untuk mengikuti pemusatan latihan pasukan nasional Malaysia mulai 8 Oktober tahun mempersiapkan diri untuk dua pertandingan persahabatan internasional melawan Sri Lanka dan Kyrgyzstan.



Maklumat Diri.

Nama Penuh:
  • Mohamadou Sumareh

Nama panggilan / popular:
  • Sumareh

Tarikh lahir:
  • 20 September 1994 

Umur pada tahun 2022:
  • 28 tahun

Tempat lahir:
  • Fajara, Gambia

Ketinggian:
  • 1.79 m (5 ka ​10 1⁄2 in)

Posisi permainan bola sepak:
  • Pemain sayap



Kelab Bola Sepak Yang Pernah Disertai.

Tahun 2013–2015 :PDRM

Tahun 2016: Perlis

Tahun 2017–2020 : Pahang

Tahun 2020–2021 : Police Tero

Tahun 2021– Terkini : Johor Darul Ta'zim



Biodata Mohamadou Sumareh,
Atlet





Sejarah awal penglibatan dalam dunia bola sepak.

Beliau mengikuti keluarganya ke Malaysia pada usia 12 tahun di mana ayahnya bekerja sebagai seorang peniaga, beliau banyak menyerap kebiasaan adat budaya Malaysia sepanjang 3 tahun bermukim di sana. Beliau turut memasuki akademi Kuala Lumpur Youth Soccer pada ketika ini.

Setelah menunjukkan bakatnya di akademi, Sumareh dipromosikan ke pasukan utama Steve Biko ketika beliau berusia 16 tahun pada akhir 2010. Wikipedia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia