Biodata P. Ramlee, Artis

Biodata P. Ramlee, Artis

Biodata P. Ramlee, Artis


Sepintas lalu,

P. Ramlee merupakan salah seorang artis tempatan yang aktif dalam dunia seni tanah air. Beliau yang lebih dikenali dengan nama penuhnya Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. Dianugerahkan "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik dan hasil karya sasteranya yang mana kerjaya lakonannya bermula di Singapura pada 1948 semasa di puncak kerjayanya, sehingga berhijrah ke Malaysia pada 1964 sehingga kematiannya, beliau dikenang sebagai ikon terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia serta Hong Kong dan Jepun.

Aura beliau hingga ke hari ini masih di rasai oleh semua lapisan masyarakat. Lakonanya yang spontan, penuh dengan mesej tersirat dan bermanfaat hingga ke hari ini, antara filem lakonanya Ali Baba Bujang Lapok, Laksamana Doremi, Pendekar Bujang Lapok, Hang Tua, Masam - Masam Manis, Tiga Abdul, Anakku Sazali dan banyak lagi. Selain daripada itu, P. Ramlee juga berkemahiran dalam alat muzik seperti gitar, piona, trompet dan lain - lain lagi.


Maklumat Diri.

Nama penuh:
  • Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh 

Nama ada gelaran:
  • Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh 

Nama popular:
  • P. Ramlee

Tarikh lahir:
  • 22 Mac 1929

Asal:
  • 40A, Counter Hall Road, George Town, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)

Meninggal dunia:
  • 29 Mei 1973 (umur 44)
  • Hospital Kuala Lumpur, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Kompilasi serangan jantung


Nama bapa dan ibu:
  • Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902–1955) 
  • Che Mah binti Hussein (1904–1967).


Biodata P. Ramlee, Artis





Tahap Pendidikan.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light English School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.[10][20] Ketika beliau masih bersekolah di Penang Free School, beliau dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang menarik. Pada waktu tengah hari, beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada sebelah malamnya, beliau aktif bersukan. Guru beliau, Encik Hashim adalah bapa kepada Ahmad Daud.



Kehidupan Peribadi.

Pasangan:
  • Junaidah Haris (k. 1947; c. 1953)
  • Noorizan Mohd. Noor (k. 1955; c. 1961)
  • Allahyarhamah Puan Sri Saloma (k. 1961; m. 1973)

Anak - anak:
  • Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
  • Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1955-1998)
  • Sazali P. Ramlee : Anak angkat (lahir 1958)
  • Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  • Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  • Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  • Betty : Anak angkat
  • Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  • Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1965-2007)
  • Salfarina @ Dian P. Ramlee : Anak angkat (keturunan Cina) juga merupakan seorang pelakon terkenal Malaysia.


Kerjaya.

Penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik, dan penulis lagu. Beliau telah berlakon dalam 66 filem, 35 daripadanya ialah arahannya, mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia