Cenderamata dan cenderahati adalah satu kata nama yang merujuk kepada maksud sesuatu benda atau barangan bentuk fizikal yang dibawah dan diberikan kepada orang lain.
- Definisi cenderamata
Cenderamata adalah satu benda atau barang fizikal yang bersifat kekal lama dan tahan penggunaannya. Ia diberikan kepada seseorang sebagai tanda penghargaan atau sumbangan atau lainnya semasa melaksanakan sesuatu program. Contohnya sijil, plak, gambar, beg dan lain - lain lagi.
- Definisi cenderahati
Cenderahati adalah merujuk kepada satu benda atau barang yang bersifat tidak kekal lama ketahannya. Ia boleh digunakan secara terus semasa pemberian. Contohnya makanan, buah - buahan, minuman dan lain - lain. Ia juga berkemungkinan boleh disebut dengan sebutan buah tangan.
Contoh penggunaan ayat untuk cenderamata;
1. Saya mengistiharkan pelajar - pelajar yang dinayatakan dalam buku cenderamata adalah layak menerima bantuan seperti yang dinyatakan.
Contoh penggunaan ayat untuk cenderahati;
1. Bawalah sedikit cenderahati dan berikan kepada rakan - rakan yang ditimpa musibah banjir.
0 Comments