Definisi Kerja Fleksibel

Definisi Kerja Fleksibel

Kerja fleksible adalah satu situasi kerja yang tidak terikat dengan perkara yang telah ditetapkan. Ia bukan sahaja memberi kebebasan kepada pekerja, malahan satu peluang untuk pekerja menyesuaikan dirinya dengan kerjanya dengan lebih baik dan sistematik. 

Dalam masa sama, kerja fleksibel boleh difahami dan  di rumuskan kepada tiga situasi iaitu tempat, masa dan hari bekerja.

Tempatbermaksud seorang pekerja boleh memilih hari - hari tertentu yang mana hari untuk bekerja di pejabat dan yang mana hari bekerja di rumah, atau sebaliknya.


Masa, bermaksud seorang pekerja memohon untuk memilih waktu bekerja dari jam 7 pagi hingga jam 4 petang atau jam 9 pagi hingga jam 6 petang. Ia berbeza dari kebiasaanya yang ditetapkan iaitu jam 8 pagi hingga 5 petang. Pemilihan masa oleh pekerja mengikut kesesuaiannya dan keselesaanya.


Hari, merujuk kepada kemungkinan pekerja memohon dan dibenarkan untuk melepaskan hari Jumaat jika mereka bersetuju untuk bekerja pada hari Ahad, atau juga memilih hari lainnya.


Difinisi Kerja Fleksibel



Berdasarkan pada carian umum Dewan Bahasa dan Pustaka, Definisi : (fléksibel) 1. boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah): ini merupakan suatu proses yg ~; 2. mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes: pemimpin yg baik haruslah mempunyai nilai yg ~ dlm dirinya, iaitu sanggup menyesuaikan diri dgn perubahan keadaan; kefleksibelan keadaan fleksibel, keluwesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) DBP


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian