Akhlak adalah merujuk kepada perilaku atau tabiat seseorang secara semula jadi ataupun sebaliknya. Ia adakalanya dapat di kawal dan tidak.
Dalam pada itu, pemantapan ilmu pengetahuan khususnya agama dan juga semasa boleh membantu kematangan seseorang dengan lebih mantap dan seimbang dengan persekitaran yang sihat walau di mana sahaja berada.
Justeru daripada itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak, antaranya;
- Pergaulan
Pergaulan yang tidak sihat mampuenyumbang kepada keruntuhan akhlak seseorang. Hal ini bertambah sedih, apabila pergaulan dengan insan yang tidak baik dan membawa kepada perbuatan - perbuatan yang meruntuhkan akhlak.
- Kurang ilmu pengetahuan
Dunia yang luas dengan pelbagai pengaruh, seseorang haruslah menerapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan baik ilmu agama dan juga duniawi. Ianya sangat penting bagi memantapkan diri agar dapat menilai serta menaakul sesuatu perkara dengan lebih baik dan jitu. Dalam masa sama, ia secara tidak langsung membantu kepada ketidak runtuhan akhlak diri.
- Persekitaran
Faktor persekitaran juga adalah penyumbang kepada keruntuhan akhlak. Dunia digital dengan teknologi tinggi seperti telefon, laptop yang disambungkan dengan internit, berupaya menghubungkan serta memaparkan pelbagai maklumat tanpa sempadan. Situasi ini adakalany mempengaruhi akhlak seseorang daripada baik kepada tidak baik dan sebaliknya. Sebagai contoh, hari ini pengaruh games online berupaya memukau pengguna untuk lebih khusyuk melayari permainan berkenaan walaupun berjam - jam.
Cara mengatasi yang paling strategik;
Lazimnya pelbagai cara boleh dilakukan untuk memgatasi situasi di atas, salah satunya sentiasa meletakkan diri pada paksi yang seimbang dengan mendekatkan serta memohon perkara kebaikan daripada Allah SWT. Bertindak melalui akal fikiran dengan baik dan bijaksana dan jangan menggunakan hawa nafsu. Dalam erti kata lain, kuasai perilaku dengan otak secara positif berbanding nafsu.
0 Comments