Sayur adalah salah satu sumber makanan harian yang memberi sumber protein dalam anggota tubuh badan.
Protein adalah zat yg membina tubuh (terdapat dlm daging, susu, telur, sayur - sayuran dll); membina tubuh serta membaiki segala bahagian tubuh yg rosak, luka, atau cedera.
Terdapat banyak jenis sayuran yang diperolehi di pasaran, seperti terung, bendi, kacang, labu, kangkung dan lain - lain lagi. Setiap sayuran mempunyai kandungan yang baik dan berbeza serta memberi kesan positif kepada anggota tubih badan manusia.
Dalam pada itu, terdapat beberapa sayuran yang berfungsi sebagai pembunuh kolesterol dalam badan. Dalam erti kata lain, apabila memakan sayur ini, secara tidak langsung ia membantu kepada penurunan kolesterol dalam badan. Menurut sumber pada flayer yang dikongsikan dibawah, antara sayuran dan fungsinya adalah berikut:
- Sayur kecipir
Penelitian UGM membuktikan bahawa biji kecipir mampu menurunkan kolesterol jahat pada medium penelitian tikus.
- Terung bulat
Di Negara Thailand, terung bulat digunakan untuk bahan ubat tradisional kerana mampu meningkatkankolesterol baik.
- Sayur buncis
Sayur buncis mempunyai kandungan serat pada buncis dan mampu menurunkan kolesterol tinggi.
- Daun kemangi
Daun ini mengamdungi magnesiumyang membantu meningkatkan aliran darah dengan membuat otot dan pembuluh darah jadi rileka.
- Kale
Kale adalah kaya dengan kandungan vitamindan tinggi lutein yang berupaya menurunkan kolesterol dalam tubuh badan dengan baik.
- Kol
Sayuran kol mengandungi zat fitosterolyang dapat mengurangi kadar kolesterol jahat dengan baik dan berkesan.
Jenis Sayur Boleh Menurunkan Kolesterol |
Kolesteterol adalah komponen asid lemak tepu yg terdapat dlm lemak haiwan spt mentega, kuning telur, dsb (yg dikatakan mempunyai kesan buruk pada sistem pengedaran darah. Manakala berkolesterol bermaksud mengandungi kolesterol, iaitu makanan yang mengandungi lemak dan tinggi.
0 Comments