Kebaikan Berpoligami

Kebaikan Berpoligami

Poligami adalah perkhawinan yang dilakukan di mana seseorang lelaki menikahi lebih daripada seorang perempuan, jika berkemampuan dari pelbagai sudut dan aspek atau lebih di fahami nafkah zahir dan batin. Lazimnya, terdapat tiga bentuk poligami iaitu.


Pertama.
Poligini, bermaksud seorang lelaki mempunyai beberapa isteri.

Kedua.
Poliandri, bermaksud seorang wanita mempunyai beberapa suami.


Ketiga.
Perkhawinan kelompok, bermaksud perkhawinan campuran poligini dan poliandri.


Gambar Sekadar Hiasan

Kebaikan Berpoligami





Justeru daripada itu, terdapat beberapa kebaikan berpoligami, antaranya berikut;

  • Meringankan beban isteri dalam tugas - tugas harian
Berpoligami dapat membantu meringankan bebanan isteri di rumah, khususnya kepada menjaga anak - anak dan juga rumah, tatkala si suami keluar bekerja mencari nafkah

  • Menghindari kaum lelaki agar tidak terjerumus ke lembah negatif
Berpoligami yang sihat juga membantu kepada kaum lelaki agar tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan atau perbuatan - perbuatan yang negatif.

  • Jalan terbaik menyelesaikan permasalahan dalam sesebuah keluarga yang bergolak
Lazimnya, berpoligami adalah susah diterima oleh kaum hawa. Namun demikian, jika dilihat kepada sudut kebaikan ia adalah satu jalan terbaik untuk memghindari dan seterusnya menyelesaikan perbalahan di dalam sesebuah institusi rumah tangga.

  • Mampu menaiktarafkan tahap ekonomi sesebuah keluarga dengan baik
Kerbaikan berpoligami, mampu meningkatkan atau menambah pendapatan isi rumah dengan berkesan. Ekonomi keluarga akan bertambah baik, kerana anggota keluarga yang ramai dan masing - masing bekerja menyumbang kepada pendapatan keluarga.

  • Mampu menyelamatkan serta membela kaum hawa yang tidak berkemampuan atau miskin
Berpoligami juga penyumbang kepada menyelamatkan kaum hawa yang hidup dalam kesusahan. Oleh itu, bebanan akan dapat dikurangkan sekiranya kekayaan dan kelebihan yang ada dapat dikongsikan dengan cara yang baik.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian