Bersiar - siar adalah satu perbuatan riadah yang dilakukan dengan melawati atau memgunjungi kawasan tanpa sebarang tujuan. Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan.
Lazimnya terdapat banyak kebaikan yang diperolehi apabila bersiar - siar, dan antaranya adalah berikut;
- Meningkatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan
Bersiar - siar ke kawasan baharu mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mantap. Pengalaman dari pelbagai aspek dan sudut dapat dikecapi secara nyata dan lebih mantap. Dalam masa sama, ia juga membantu kepada kualiti pribadi yang lebih tinggi.
- Menambah rakan - rakan baharu
Bersiar - siar juga secara tidak langsung mampu menambah kenalan baharu dari pelbagai kaum dan keturunan. Dalam masa sama dapat mempelajari budaya, corak kehidupan serta yang lainnya. Selain daripada itu, pengetahuan bahasa juga akan bertambah dengan lebih baik.
- Menikmati panorama kawasan baharu
Lazimnya dunia luar atau kawasan lain adalah berbeza antara satu sama lain. Secara tidak langsung ia memberi peluang untuk menikmati panorama keindahan kawasan baharu yang dilawati, apabila aktiviti bersiar - siar dilakukan.
- Pengalaman dapat dikongsikan kepada rakan taulan yang lain
Ilmu yang bermanfaat, yang diperolehi daripada bersiar - siar dapat dikongsikan kepada keluarga dan rakan taulan. Dalam masa yang sama, ia meningkatkan lagi daya ingatan dengan lebih mantap. Berkongsi ilmu juga menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan juga membawa rakan - rakan yang lain ke arah kebaikan khususnya menjadi insan yang berilmu pengetahuan.
- Memanfaatkan masa kepada perkara - perkara kebaikan
Kebaikan yang lainnya juga adalah mendapat manfaat masa dengan perkara - perkara kebaikan. Dalam erti kata lainnya, masa tidak terbazir dengan perkara yang tidak berfaedah. Oleh yang demikian dengan bersiar - siar, secara tidak langsung terhindar daripada perbuatan sia - sia.
0 Comments