Kebaikan Membaca Surah Yasin Berjemaah

Kebaikan Membaca Surah Yasin Berjemaah

Surah yasin adalah salah satu surah yang terkandung di dalam kitab suci Al - Quran, dan merupakan jantung kepada al - quran sebagaimana sabda Rasullullah SAW  “Sesungguhnya bagi setiap perkara ada jantung (hati)nya sedangkan jantung (hati) al-Quran adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka Allah S.W.T. akan menulis baginya dengan bacaannya tersebut, bacaan seluruh al-Quran sebanyak sepuluh kali.”

Hadis itu diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmizi dalam kitab al-Jami’e as-Sunan beliau, kitab Fadha’il al-Quran di dalam bab Ma Ja’a fi Fadhl Yasin.



Kebaikan Membaca Surah Yasin Berjemaah



Justeru daripada itu, terdapat banyak kebaikan diperolehi apabila membaca surah yasin secara berjemaah, khususnya di Masjid atau Surau, antaranya;


Kebaikan pertama.

Mendapat fadilat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. 


Kebaikan kedua.

Mampu mengeratkan silaturrahim dikalangan jemaah, sambil kenal mengenali antara satu sama lain.


Kebaikan ketiga.

Dapat meningkatkan serta memantapkan bacaan al - quran kerana jemaah yang lain boleh menjadi rujukan, khususnya surah yasin


Kebaikan keempat.

Mendapat ketenangan rohani dengan lebih baik dan mampan, kerana sentiasa mendekatkan diri dengan sentiasa membaca surah - surah dalam al - quran.


Kebaikan kelima.

Sentiasa mendapat pengampunan ke atas dosa yang dilakukan daripada Allah SWT.


Kebaikan keenam.

Mendapat perlindungan yang baik dari segala kejahatan dan kemaksiatan yang negatif.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan