Dadah adalah satu barang terlarang dan sangat merbahaya serta salah di sisi undang - undang sesebuah negara. Selain daripada itu, barang ini juga boleh di definisikan sebagai barang yang memabukkan.
Lazimnya terdapat pelbagai jenis dadah yang boleh di jumpai pada masa kini, antaranya ganja, kokain, syabu, pil ektesi dan macam - macam lagi.
Keburukan Mengambil Dadah |
Lanjutan daripada itu, berikut adalah antara keburukan mengambil dadah, antaranya;
- Ketagihan
Memgambil dadah boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan. Dalam masa sama, ia memberi kesan kepada kemerosotan kesihatan anggota tubuh badan daripada sihat lepada tidak sihat. Umumnya, seseorang akan kelihatan kurus, lemas dan tidak bermaya daripada kebiasaanya.
- Penyakit
Penagih akan mengalami pelbagai penyakit seperti mental, susuk badan yang kurus dan lain - lain. Penyakit sedemikian adakalanya berpanjangan dan boleh membawa maut, apatalagi sekiranya bekalan tidak diperolehi.
- Keganasan
Keburukan seterusnya adalah kepada keganasan akan dilakukan seperti bergaduh, mencuri dan sebagainya. Penagih akan bertindak agresif dari kebiasaanya dan akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang ringgit untuk membeli dadah.
- Perpecahan kaum dan keluarga
Perpecahan kaum dan khususnya juga keluarga akan berlaku, seperti keluarga akan porak peranda akibat pertengkaran suami isteri atau keluarga dan sebagainya. Situasi ini kerana, penagih akan akan hilang upaya dan tidak lagi memikirkan serta melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sebagai ketua keluarga, secara tidak langsung keluarga boleh bercerai berai dan tidak lagi harmoni seperti sedia kala.
- Tindakan undang - undang
Tindakan undang - undang juga akan dikenakan berupa penangkapan dan penjara. Penagih yang disabitkan kesalahan akan meringkuk di dalam penjara selama yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah. Secara tidak langsungnya juga, kestabilan kehidupan penagih dari segi ekonomi dan lainnya akan terjejas.
0 Comments